4/26/2013

JaNgAnLaH kItA mElEwAt-LeWaTkAn SoLaT

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang 
kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol 
disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat 
juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol 
tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah 
untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free 
juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah...

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa 

lewat poskan amalan kita.Merayu-rayu malaikat posmen kita minta 
diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. 
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh 
berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita.Satu persatu 
dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat
hantar amalan.. 
Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya 

lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh 
berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk 
diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa 

lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling 
amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi 
dikutip dan dirayu lagi.Maka tak sampailah amalan kita kepada 
Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah 
kita menerima pembalasannya.

Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian 

bertimpa-​timpa.​ Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi 
tak sampai. Dah lah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau 

Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka 
sembahyang di awal waktu.

Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat 

di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.

Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan 

waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang 
sengaja meninggalkan solat.​.​.​ataupun dan biasa tinggal solat... 

< marilah kita saling ingat - mengingati > :D

4/03/2013

bahaya cinta sebelum nikah

1) pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2) menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan  
    menjakankan jarumnya untuk melupakanku daripadanya

3) hati akan terseksa dengan barah rindu
4) rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5) cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
6) aku boleh manjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
7) fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal , jiwa dan perasaan
8) jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku
9) jika aku n dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat , yang
    mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya


~ bersama2lah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain ~

< smile alwaysz >