7/15/2013

SoLaT sUnAt WiTiR :)

Cara Melaksanakannya:

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
 
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:
 
4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
Hukum Tangguh Witir ~ Harus
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”

6/25/2013

Kata-Kata Hikmah

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian...

4/26/2013

JaNgAnLaH kItA mElEwAt-LeWaTkAn SoLaT

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang 
kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol 
disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat 
juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol 
tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah 
untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free 
juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah...

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa 

lewat poskan amalan kita.Merayu-rayu malaikat posmen kita minta 
diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. 
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh 
berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita.Satu persatu 
dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat
hantar amalan.. 
Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya 

lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh 
berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk 
diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa 

lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling 
amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi 
dikutip dan dirayu lagi.Maka tak sampailah amalan kita kepada 
Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah 
kita menerima pembalasannya.

Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian 

bertimpa-​timpa.​ Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi 
tak sampai. Dah lah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau 

Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka 
sembahyang di awal waktu.

Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat 

di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.

Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan 

waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang 
sengaja meninggalkan solat.​.​.​ataupun dan biasa tinggal solat... 

< marilah kita saling ingat - mengingati > :D

4/03/2013

bahaya cinta sebelum nikah

1) pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2) menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan  
    menjakankan jarumnya untuk melupakanku daripadanya

3) hati akan terseksa dengan barah rindu
4) rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5) cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
6) aku boleh manjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
7) fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal , jiwa dan perasaan
8) jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku
9) jika aku n dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat , yang
    mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya


~ bersama2lah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain ~

< smile alwaysz >

3/22/2013

insya allah boleh menenangkan hati yang
tengah kusut.....

< smile alwaysz >
video klip nie sngt2 sweet...
boleh tersenyum lau tngk sowank2...:)

1/18/2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Selamat beramal!!!!
< smile alwaysz >

1/03/2013

peringatan tuk semua :)

10 TANDA HATI MATI ADALAH :
1.   Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya
2.   Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya
3.   Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4.   Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya
5.   Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya
6.   Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7.   Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya
8.   Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan 
      bekalnya
9.   Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

Na’audzubillah minn dzalik
Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.